Saturday 3 December 2011

Karangan PMR 5

Kebaikan Murid Menyertai Kegiatan Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum membawa banyak kebaikan kepada murid. setiap murid diwajibkan menyertai badan beruniform, persatuan atau kelab dan sukan dan permainan.

Banyak ilmu pengetahuan dapat diperoleh menerusi kegiatan kokurikulum. Contohnya, jika kita menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah, kita dapat belajar cara-cara rawatan kecemasan. Ilmu yang lain seperti berkawad, memadamkan api dan mendirikan khemah juga dapat dibelajari.

Kegitan kokurikulum yang dilakukan secara berkumpulan boleh memupuk perpaduan antara ahli-ahli. Melalui kegiatan yang dijalankan nilai-nilai seperti kerjasama, bertolak ansur, hormat-menghormati dapat diserap dalam jiwa para pelajar.

Selain itu, daya kepemimpinan pelajar dapat dipertingkat. Ini kerana mereka diberi pluang untuk menjadi pemimpin dalam perancangan segala aktiviti persatuan dan kelab seperti pengurusan kewangan persatuan, dokumen dan rancangan tahunan persatuan. Guru cuma berperanan sebagai penasihat sajaha.

Seterusnya, permainan dan sukan yang melibatkan pergerakan anggota badan dapat menjamin kecerdasan dan kecergasan seseorang pelajar. Pelajar-pelajar akan menjadi lebih tahan lasak di samping melepaskan tekanan dalam pelajaran.

Tuntasnya, pihak sekolah seyogianya menggalakkan pelajar mnyertai kegiatan kokurikulum dengan menyediakan aktiviti yang menarik.


Chong Qi Yan