Thursday 5 May 2011

Karangan PMR 4

Punca Keracunan Makanan

Kes keracunan makanan semakin tahun semakin meningkat  telah membimbangkan pelbagai pihak terutamanya para pengguna. Beberapa punca telah dikenal pasti menjadi kejadian ini berlaku.

Pertamanya, pengguna sendiri yang tidak mementingkan kebersihan diri ketika mengendalikan makanan. Kebanyakan pengguna tidak mencuci tangan sebelum menyediakan makanan di dapur. Maka, makanan yang disediakan itu akan tercemar oleh bakteria yang ada pada tangan kita.

Di samping itu, tempat persediaan makanan yang kotor juga boleh menyebabkan keracunan makanan. Misalnya, tong sampah yang tidak ditutup terletak berdekatan dengan dapur. Justeru, makanan yang terdedah itu mudah dihinggapi lalat.

Selain itu, makanan yang disediakan itu tidak masak benar-benar. Makanan yang separuh masak itu berkemungkinan mengandungi bakteria yang boleh mengakibatkan sakit perut dan cirit-birit, terutamanya bagi makanan laut.

Kesimpulannya, masalah keracunan makanan yang kian meningkat ini perlu diatasi dengan segera supaya tidak membabitkan mangsa yang tidak berdosa itu.

(134 patah perkataan)



Chang Jia Liang

No comments: