Wednesday 7 December 2011

Karangan PMR 9

Cara-cara Mengatasi Kegemukan

Gambar: Info-Didik: Kertas Model Sebenar BM PMR 2011



Di Malaysia, jumlah penduduk yang mengalami kegemukan semakin meningkat saban tahun. Sebelum kudis menjadi tokak, cara-cara mengatasi kegemukan yang drastik dan efisien mesti diambil.

     Cara pertama ialah kita sepatutnya mengamalkan amalan pemakanan yang seimbang berdasarkan piramid makanan. Kita mestilah makan makanan yang mengandungi nutrien yang mencukupi untuk kesihatan badan kita. Makanan yang berlemak, bergula dan bergaram tinggi haruslah dikurangkan.

     Selain itu, kita haruslah bersenam secara berkala unutk membakar lemak yang berlebihan. Kita boleh berjoging, bersenam, berenang dan sebagainya. Dengan bersenam, kita akan mengeluarkan peluh dan bahan kumuh akan dikeluarkan bersama. Maka, kesihatan kita akan dijamin.

     Kita juga boleh pergi ke klinik atau hospital untuk mendapat rawatan doktor. kita boleh mencari punca kegemukan kita melalui dianogsis doktor. Segala nasihat dan rawatan yang diberi oleh doktor haruslah kita patuhi.

     Tuntasnya, mencegah lebih baik daripada mengubati. Kita haruslah bertindak mulai saat ini kerana masalah kegemukan berpunca daripada diri kita sendiri.


Chen Pei Rong