Wednesday 3 October 2012

Karangan PMR 14

Semangat Patriotik dalam Kalangan Pelajar.

"Di mana bumi di dipijak , di situ langit dijunjung". Peribahasa yang indah ini telah menggambarkan semangat patriotik begitu penting untuk sesebuah negara. Maka, semangat ini mesti dipupuk dalam kalangan remaja yang merupakan bakal pemimpin negara.
 
          Remaja yang bersemangat patriotik akan mencintai tanah airnya. Mereka akan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mempertahankan negara mereka daripada ancaman anasir luar. Sebagai contohnya, negara kita bebas daripada jajahan British adalah disebabkan oleh perjuangan rakyat jelata yang bersemangat patriotik ini.
 
          Di samping itu, remaja akan berusaha menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Mereka akan berusaha keras menimba pelbagai jenis ilmu demi berbakti kepada nusa dan bangsa mereka. Contohnya, rakyat Jepun yang begitu taat setia kepada negara mereka telah memajukan negara mereka dalam masa yang begitu singkat. Rakyat kita juga boleh!
 
          Tambahan pula, remaja yang bersemangat patriotik tinggi ini akan menggunakan ilmu pengetahuan yang ditimba itu untuk membantu memajukan dan memodenkan negara kita. Pada tahun 2020, negara kita pasti akan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju dan moden lain. 
 
          Tuntasnya, semangat patriotik perlu terus utuh dalam sanubari remaja hari ini demi mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara yang tercinta ini!
(163 patah perkataan)

Tuesday 2 October 2012

Karangan PMR 13



LAPORAN KEMPEN BENCI DADAH SMJK SAM TET

Pada 14 November 2011 yang lalu, Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sam Tet telah menganjurkan satu Kempen Benci Dadah. Kempen ini dianjurkan ata bantuan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perak. Penglibatan ahli persatuan adalah diwajibkan dan semua peserta diminta membayar yuran sebanyak RM20.
 
                   Kempen ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada para pelajar tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Kempen ini juga dirancang untuk membantu para peserta mengenali dan memahami pelbagai jenis dadah yang ada di pasaran. Selain itu, para peserta juga diberitahu kesan-kesan setelah menggunakan dadah tersebut.
 
                   Banyak program telah diaturkan sepanjang kempen ini. Mula-mulanya, pada pukul 8 pagi, Pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru telah dijemput untuk merasmikan kempen ini. Beliau berasa bangga dan gembira kerana pihak sekolah begitu mementingkan sahsiah dan kesihatan pelajar dengan mengadakan kempen yang bermakna ini. Beliau berharap agar para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang ditimba dalam kempen ini.
 
                   Program yang pertama ialah penyampaian ceramah oleh seorang pegawai kesihatan jemputan dari Hospital Permaisuri Bainun, Dr. Mohammad Yusuf. Beliau memberi penerangan tentang pelbagai jenis dadah yang ada di pasaran. Ceramah ini membentangkan pemuda-pemudi yang masih kekurangan asam garam mudah terperdaya oleh kelicikan para abu nawas. Maka, para peserta disaran supaya menolak minuman yang dicurigakan itu. Mnurut beliau, banyak pemuda-pemudi telah terjebak kancah najis dadah kerana terkena tipu helah sahabatnya.
 
                    Selepas itu, satu tayangan video tentang perlaksaan hukuman terhadap penagih dan penyeludup dadah dipertontonkan. Pelbagai jenis hukuman seperti hukuman sebat, ganung mati, penjara dan sebagainya telah disiarkan. Seorang pegawai polis yang dijemput itu, Inspektor Chuah, telah memberi penerangan sepanjang video itu ditayangkan. Para peserta berasa kasihan dan seram melihat penderitaan yang ditanggung oleh penagih dan penyeludup dadah itu.  Di harapakan para peserta mendapat peringatan supaya tidak sesekali menyentuh najis dadah itu.
 
                   Selepas menikmati makan tengah hari, satu pertandingan kuiz diadakan. Para peserta diberi kertas soalan dan diminta mencari jawaban untuk soalan-soalan tersebut. Bidang soalan yang dikemukakan merangkumi jenis dan nama saintifik dadah, kesan pengambilan pelbagai jenis dadah, rupa bentuk dadah dan sebagainya. Pengenalan peserta tentang musuh nombor 1 negara kita dapat diuji di samping para peserta dapat berkongsi ilmu dalam program ini. Diikuti adalah program pameran dadah dan poster pertandingan yang telah diadakan pada minggu lepas.
 
                    Pada pukul 4.30 petang, kempen anti dadah ini pun menghampiri penghujungnya. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dan sijil penyertaan telah diadakan. Pengetua sekolah berkesempatan mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kerjasama pelbagai pihak untuk menjayakan program ini. Kempen ini bernoktah dengan sempuerna pada pukul 5.30 petang. Sesungguhnya Kempen Benci Dadah ini telah tamat, diharapkan kegiatan yang serupa ini bakal diadakan lagi.
 
Dilaporkan oleh,                                                                           16 NOVEMBER 2012.
    




      Beng Shen

_______________
(ANG BENG SHEN)
Setiausaha,
Persatuan Bulan Sabit Merah,
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sam Tet.
                         (425 patah perkataan)

Monday 1 October 2012

Ramalan PMR 2012

Tajuk-tajuk ramalan ini hanya tertumpu pada Kertas 2 (02/2), terutamanya bahagian B, C dan D. Ini hanya tajuk yang dianalisi dan bukan tips yang pasti keluar. Anda masih perlu berusaha mengulang kaji semua aspek yang diperlukan.

Harap anda semua berjaya menghasilkan karya yang boleh memberi A kepada diri anda.

Semoga berjaya!

Para pelajar diminta menumpukan perhatian terhadap karangan berikut:

1. Surat tidak rasmi
    - menerangkan / mmberi nasihat tentang cara belajar
    - sebab tidak menghadiri latihan kokurikulum
    - pena - keistimewaan Malaysia - tempat peranginan / makanan / perayaan
   
2. Surat rasmi
    - aduan - kantin / perpustakaan / vandelism
    - meminjam / memohon kebenaran menggunakan dewan / peralatan sukan
    - memohon kebenaran lawatan sambil belajar

3. Fakta / perbincangan / pendapat
    - murid cemerlang (peranan pelajar sendiri / peranan ibu bapa)
    - perpustakaan (sebab tidak menarik perhatian pelajar, langkah mengatasi masalah ini)
    - amalan membaca (sebab dan langkah)
    - amalan nilai murni (sebab dan langkah)
    - Masalah sosial (buli / vandelisme) - langkah, sebab, kesan

5. Laporan
    - lawatan sambil belajar
    - temasya sukan tahunan sekolah
    - Hari Anugerah / Kecemerlangan sekolah
    - bulan bahasa Melayu
    - kem motivasi

6. Keperihalan
    - sambutan Hari Kebangsaan (peringkat negeri / kebangsaan)
    - perlawaan sejenis pertandingan yang diceburi / disaksi
    - gotong-royong
    - perayaan yang disambut

Untuk bahagian Novel pula, anda semua boleh menumpukan perhatian pada beberapa aspek berikut:

1. Tema dan persoalan
2. Watak dan perwatakan
3. Latar masa, tempat, masyarakat dan contoh peristiwa
4. Nilai murni / pengajaran dan contoh peristiwa

Lebih baik sediakan jadual seperti berikut untuk memudahkan ulang kaji.
 


 
 
Novel Ting1
Novel Ting2
Novel Ting3
Tema
1.
 
 
 
 
2.
 
 
 
 
3.
 
 
 
Persoalan
1.
 
 
 
 
2.
 
 
 
 
3.
 
 
 
Watak &
1.
 
 
 
Perwatakan
2.
 
 
 
 
3.
 
 
 


Saturday 10 December 2011

Karangan PMR 12

Faedah Berkebun
 
Berkebun semakin dialu-alukan oleh masyarakat Malaysia, terutamanya golongan wanita. Mereka bercucuk tanam di halaman rumah untuk kegunaan sendiri dan juga menjaga kehijauan persekitaran.
 
Antara faedah yang diperoh daripada bercucuk tanam ialah kita dapat memanfaatkan masa lapang kita. Dengan berkebun kesihatan tubuh badan kita terjamin. Ini kerana semasa melakukan kerja-kerja kebun, peluh dikeluarkan. Maka, sistem peredaran darah badan kita menjadi lebih lancar. 
Selain itu, bercucuk tanam juga dapat menambahkan pendapatan keluarga. Kita bukan sahaja boleh menikmati hasil tanaman, bahkan juga dapat menjual hasil kutipan yang berlebihan itu untuk mendapat sedikit keuntungan.
Sehubungan itu, berkebun juga dapat membantu memelihara alam sekitar sekali ghus menghijaukan persekitaran rumah. Keluarga kita hidup di kawasan yang segarnya udara. 
Tuntasnya, berkebun dapat mendatangkan banyak faedah kepada kita. Jadi, kita haruslah mengamalkannya demi kebaikan pelbagai pihak.

(128 patah perkataan)
Phoon Mun Seng

Karangan PMR 11

Cara-cara Mengatasi Masalah Sosial 


Perkembangan semasa yang membabitkan disiplin pelajar di sekolah kian mendapat perhatian daripada pelbagai pihak, terutamanya pihak Kementerian Pelajaran. Walaupun ada pihak yang beranggapan bahawa perkara ini sebagai kes terpencil, namun masalah ini memberikan impak yang besar yang boleh menggugat keceriaan masa depan pelajar. Hal ini demikian kerana gejala sosial yang menjadi-jadi ini sering membabitkan golongan remaja. Oleh itu, pelbagai usaha yang berkesan dan proaktif pelru diambil bagi mengatasi gejala social dalam kalangan remaja.


Pertamanya, ibu bapa memainkan peranan penting untuk membanteraskan gejala social dalam kalangan remaja. Mereka ialah orang yang terdekat dengan remaja. Mereka perlu memberikan didikan agama dan moral yang sempurna serta menerapkan nilai-nilai murni yang tersirat dalam jiwa anak-anak mereka. Melentur aur biarlah dari rebungnya. Dengan didikan agama dan moral yang kukuh dipegang ini, remaja dapat membina benteng pertahanan diri yang kukuh dan tidak rapuh. Bak kata perpatah, tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Benteng pertahanan ini tidak mudah ditembusi oelh anasir-anasir jahat dan mengelakkan remaja daripada terjerumus dalam kancah kemungkinan dan kebejatan sosial ini. 


Seterusnya, golongan ibu bapa juga perlu meluangkan masa yang mencukupi bersama-sama ahli keluarga mereka. Walaupun setiap hari mereka perlu bekerja dari siang hingga malam, mereka juga haruslah memperuntukkan masa untuk berbual-bual dengan anak-anak mereka. Dengan demikian, mereka akan dapat mengambil tahu tentang perkembangan peribadi anak dan juga perkembangan pelajaran anak mereka di sekolah. Hakikatnya, hubungan silaturahim antara ahli keluarga dapat terjalin di samping semangat permuafakatan dapat dipupuk dalam kalangan ahli keluarga, sambil menyelam minum air.


Di samping itu, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam membentung gejala social yang membimbangkan ini. Pihak sekolah perlu mengetatkan peraturan sekolah bagi mengenakan tindakan disiplin yang tegas terhadap pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin. Sehubungan itu, jawatankuasa disiplin sekolah haruslah ditubuhkan bagi menggariskan panduan dan pendekatan yang proaktif untuk mengekang masalh disiplin sekolah. Tambahan pula, guru kaunselor harus memberikan perkhidmatan kaunseling kepada pelajar yang bermasalah disiplin itu. Nasihat dan panduan daripada guru kaunselor dapat mempengaruhi seseorang pelajar beralih ke arah yang betul dan berjaya. Bak kata pepatah, sesat di hujung jalan, balik ke pangkal.


Pihak kerajaan pula haruslah mempergiat kempen-kempen kesedaran yang diadakan itu. Kempen itu haruslah diadakan dengan berkesan dan berterusan supaya dapat memberi kesedaran kepada para remaja tentang keburukan gejala social ini. Lantaran itu, Kementerian Pelajaran sekolah telah menyediakan mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pelajaran Sivik dan Kenegaraan untuk menerapkan niali-nilai positif dalam jiwa pelajar. Usaha ini berkesan kerana dapat mendidik anak-anak pelajar menerusi saluran yang formal dan betul.


Akhir sekali, pihak media massa juga dapat memberikan bantuan untuk menjayakan usaha murni kerajaan ini dengan mengheboh-hebohkan kempen yang dianjurkan oleh kerajaan itu. Iklan, drama dan segala bahan terbitan media cetak haruslah menjurus ke arah pembentukan akhlak mulia dan kepenting keharmonian kekluargaan. Sehubungan itu, tayangan video yang mengandungi adegan-adegan keganasan dan seks perlu diharamkan dan ditapiskan.


Kesimpulannya, semau pihak dalam masyarakat perlu berganding bahu dan menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing bagi mengekang gejala sosial daripada terus membelenggu anak-anak remaja kita. Oleh itu, kemajuan fizikal yang digerakkan oleh pihak swasta mahupun kerajaan perlulah seiring dengan perkembangan aspek sahsiah dan nilai murni. Hal ini perlu dilakukan secara seiring supaya status negara maju yang bakal digapai nanti turut didiami oleh masyarakat yang bermoral dan berbudi bahasa, yang mindanya kelas pertama!

(533 patah perkataan)
Chang Jia Liang

Karangan PMR 10

Kepentingan Komputer dalam Kehidupan


Komputer merupakan ciptaan teknologi yang berperanan untuk memudahkan aktiviti harian manusia dalam pelbagai sektor. Maka, hubungan manusia dan komputer bagai isi dengan kuku.
Penggunaan komputer  dalam pengajaran dan pembelajaran dapar mempercepat dan memudahkan pelajar-pelajar memahami sesuatu pelajaran. Dengan itu, pelajar dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran dan mampu belajar secara kendiri dengan bantuan perisian-perisian yang disediakan atau melalui internet.



Selain itu, kita dapat menyimpan maklumat di dalam komputer dengan mudah dan selamat. Maka, pihak pengurusan dan perbankan memerlukan komputer untuk memudahkan kerja menaip, mengedit, menganalisis data dan sebagainya.



Seterusnya, komputer juga digunakan untuk melayari internet. Melalui internet, kita dapat berkomunikasi dengan seseorang dengan cepat dan mudah. Perhubungan sesama manusia menjadi lebih rapat. Kita juga boleh bertukar-tukar pendapat dan maklumat dengan internet.



Kesimpulannya, manusia diseru belajar mencelik komputer agar dapat menikmati faedah-faedah tersebut.

(126 patah perkataan)

Phoon Mun Seng

Wednesday 7 December 2011

Karangan PMR 9

Cara-cara Mengatasi Kegemukan

Gambar: Info-Didik: Kertas Model Sebenar BM PMR 2011



Di Malaysia, jumlah penduduk yang mengalami kegemukan semakin meningkat saban tahun. Sebelum kudis menjadi tokak, cara-cara mengatasi kegemukan yang drastik dan efisien mesti diambil.

     Cara pertama ialah kita sepatutnya mengamalkan amalan pemakanan yang seimbang berdasarkan piramid makanan. Kita mestilah makan makanan yang mengandungi nutrien yang mencukupi untuk kesihatan badan kita. Makanan yang berlemak, bergula dan bergaram tinggi haruslah dikurangkan.

     Selain itu, kita haruslah bersenam secara berkala unutk membakar lemak yang berlebihan. Kita boleh berjoging, bersenam, berenang dan sebagainya. Dengan bersenam, kita akan mengeluarkan peluh dan bahan kumuh akan dikeluarkan bersama. Maka, kesihatan kita akan dijamin.

     Kita juga boleh pergi ke klinik atau hospital untuk mendapat rawatan doktor. kita boleh mencari punca kegemukan kita melalui dianogsis doktor. Segala nasihat dan rawatan yang diberi oleh doktor haruslah kita patuhi.

     Tuntasnya, mencegah lebih baik daripada mengubati. Kita haruslah bertindak mulai saat ini kerana masalah kegemukan berpunca daripada diri kita sendiri.


Chen Pei Rong


    


    

Karangan PMR 8

Punca Kepupusan Hidupan Liar


Pelbagai jenis hidupan liar di kawasan hutan mengalami kepupusan. Banyak punca telah dikesan dan diketahui oleh masyarakat.


Pertamanya, aktiviti pemburuan haram merupakan factor utama kepupusan hidupan liar. Pemburu-pemburu seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing ini memburu hidupan liar semata-matanya untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan.


Selain itu, habitat hidupan liar telah dimusnahkan oleh manusia akibat kegiatan pembangunan seperti pembinaan empangan dan pembinaan taman perumahan atau perkilangan untuk meningkatkan ekonomi negara. Hal ini telah menyebabkan hidupan liar kehilangan tempat untuk mencari makanan dan perlindungan dan mengalami kematian.


Di samping itu, aktivit-aktiviti penebangan pokok-pokok secara berleluasa mengakibatkan perubahan suhu bumi dan keseimbangan ekosistem. Hidupan liar tidak dapat menyesuaikan diri dalam perubahan yang mendadak ini akan mudah mati.


Tuntasnya, kerajaan seyogianya mengetatkan lagi peraturan-peraturan dan mewartakan lebih banyak hutan simpanan untuk mengekalkan warisan ini.


(123 patah perkataan)

Loo Xiang Ni

Karangan PMR 7

Kesan Negatif Kedatangan Warga Asing
Info-Didik: Kertas Model Sebenar BM 2011

Kedatangan warga asing ke Malaysia bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kedatanga mereka telah mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada negara kita.

     Peluang pekerjaan di Malaysia terbuka luas dan juga penawaran upah yang lumayan menyebabkan warga asing datang ke Malaysia untuk mencari rezeki. Hal ini telah menyebabkan peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan semakin berkurangan dan menyebabkan pengangguran yang serius.

     Selain itu, penyakit berjangkit berbahaya akan menular ke negara kita dengan mudah. Taraf kesihatan dan asal-usul mereka tidak diketahui dengan lebih terperinci. Maka, kemunculan mereka akan memudahkan penularan penyakit seperti AIDS, hepatitis B dan sebagainya di negara kita.

     Di samping itu, bilangan kes jenayah negara kita meningkat kerana warga asing sanggup melakukan jenayah akibat desakna hidup. Masyarakat berasa terancam dan risau akan keselamatan diri. Maka, kesejahteraan dan ketenteraman masyarakat akan tergugat.
     Kesimpulannya, kedatangan warga asing mendatangkan banyak kesan negatif. Maka, langkah-langkah yang drastk dan efisien untuk membendung masalah ini harus diambil dengan segera sebelum nasi menjadi bubur.

Lou Jing Hung
    

Monday 5 December 2011

Karangan PMR 6

Punca Banjir Kilat
Info-Didik: Kertas Model Sebenar PMR: BM 2011
Banjir kilat ialah banjir yang berlaku dengan serta-merta atau dengan tidak disangka-sangka. banjir kilat ialah bencana alam yang kerap berlaku di negara kita. Banyak punca yang menyebabkan anjir kilat telah dikesan.

     Antara puncanya ialah hujan lebat yang tidak terhenti-henti. Sistem perparitan yang bermasalah dan tersumbat itu tidak dapat menampung air hujan yang datang dengan begitu banyak. Maka, air hujan akan melimpah dan mengakibatkan banjir kilat.

    Selain itu, banjir kilat sering berlaku di bandar seperti Kuala Lumpur dan Kajang. Kawasan bandar ini telah ditebus guna untuk dijadikan tapak pembangunan. Aktiviti-aktiviti ini menyebabkan berkurangnya kawasan tadahan air, hutan. Maka, air hujan tidak dapat diserap oleh akar-akar pokok dan terus turun ke tanah rendah.

     Banjir kilat berlaku juga disebabkan oleh kelodak yang banyak di dalam sungai. Kelodak ini telah menyebabkan sungai semakin cetek. Apabila hujan lebat berlaku, paras air sungai akan naik dengan cepat dan melimpah ke tebing.

     Tuntasnya, banjir kilat harus diatasi dengan segera. oleh itu, semua pihak harus bergding bahu mengatasi masalah banjir kilat ini sebelum kudis menjadi tokak.

Chen Pei Rong

Saturday 3 December 2011

Karangan PMR 5

Kebaikan Murid Menyertai Kegiatan Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum membawa banyak kebaikan kepada murid. setiap murid diwajibkan menyertai badan beruniform, persatuan atau kelab dan sukan dan permainan.

Banyak ilmu pengetahuan dapat diperoleh menerusi kegiatan kokurikulum. Contohnya, jika kita menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah, kita dapat belajar cara-cara rawatan kecemasan. Ilmu yang lain seperti berkawad, memadamkan api dan mendirikan khemah juga dapat dibelajari.

Kegitan kokurikulum yang dilakukan secara berkumpulan boleh memupuk perpaduan antara ahli-ahli. Melalui kegiatan yang dijalankan nilai-nilai seperti kerjasama, bertolak ansur, hormat-menghormati dapat diserap dalam jiwa para pelajar.

Selain itu, daya kepemimpinan pelajar dapat dipertingkat. Ini kerana mereka diberi pluang untuk menjadi pemimpin dalam perancangan segala aktiviti persatuan dan kelab seperti pengurusan kewangan persatuan, dokumen dan rancangan tahunan persatuan. Guru cuma berperanan sebagai penasihat sajaha.

Seterusnya, permainan dan sukan yang melibatkan pergerakan anggota badan dapat menjamin kecerdasan dan kecergasan seseorang pelajar. Pelajar-pelajar akan menjadi lebih tahan lasak di samping melepaskan tekanan dalam pelajaran.

Tuntasnya, pihak sekolah seyogianya menggalakkan pelajar mnyertai kegiatan kokurikulum dengan menyediakan aktiviti yang menarik.


Chong Qi Yan