Wednesday 3 October 2012

Karangan PMR 14

Semangat Patriotik dalam Kalangan Pelajar.

"Di mana bumi di dipijak , di situ langit dijunjung". Peribahasa yang indah ini telah menggambarkan semangat patriotik begitu penting untuk sesebuah negara. Maka, semangat ini mesti dipupuk dalam kalangan remaja yang merupakan bakal pemimpin negara.
 
          Remaja yang bersemangat patriotik akan mencintai tanah airnya. Mereka akan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mempertahankan negara mereka daripada ancaman anasir luar. Sebagai contohnya, negara kita bebas daripada jajahan British adalah disebabkan oleh perjuangan rakyat jelata yang bersemangat patriotik ini.
 
          Di samping itu, remaja akan berusaha menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Mereka akan berusaha keras menimba pelbagai jenis ilmu demi berbakti kepada nusa dan bangsa mereka. Contohnya, rakyat Jepun yang begitu taat setia kepada negara mereka telah memajukan negara mereka dalam masa yang begitu singkat. Rakyat kita juga boleh!
 
          Tambahan pula, remaja yang bersemangat patriotik tinggi ini akan menggunakan ilmu pengetahuan yang ditimba itu untuk membantu memajukan dan memodenkan negara kita. Pada tahun 2020, negara kita pasti akan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju dan moden lain. 
 
          Tuntasnya, semangat patriotik perlu terus utuh dalam sanubari remaja hari ini demi mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara yang tercinta ini!
(163 patah perkataan)

Tuesday 2 October 2012

Karangan PMR 13



LAPORAN KEMPEN BENCI DADAH SMJK SAM TET

Pada 14 November 2011 yang lalu, Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sam Tet telah menganjurkan satu Kempen Benci Dadah. Kempen ini dianjurkan ata bantuan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perak. Penglibatan ahli persatuan adalah diwajibkan dan semua peserta diminta membayar yuran sebanyak RM20.
 
                   Kempen ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada para pelajar tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Kempen ini juga dirancang untuk membantu para peserta mengenali dan memahami pelbagai jenis dadah yang ada di pasaran. Selain itu, para peserta juga diberitahu kesan-kesan setelah menggunakan dadah tersebut.
 
                   Banyak program telah diaturkan sepanjang kempen ini. Mula-mulanya, pada pukul 8 pagi, Pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru telah dijemput untuk merasmikan kempen ini. Beliau berasa bangga dan gembira kerana pihak sekolah begitu mementingkan sahsiah dan kesihatan pelajar dengan mengadakan kempen yang bermakna ini. Beliau berharap agar para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang ditimba dalam kempen ini.
 
                   Program yang pertama ialah penyampaian ceramah oleh seorang pegawai kesihatan jemputan dari Hospital Permaisuri Bainun, Dr. Mohammad Yusuf. Beliau memberi penerangan tentang pelbagai jenis dadah yang ada di pasaran. Ceramah ini membentangkan pemuda-pemudi yang masih kekurangan asam garam mudah terperdaya oleh kelicikan para abu nawas. Maka, para peserta disaran supaya menolak minuman yang dicurigakan itu. Mnurut beliau, banyak pemuda-pemudi telah terjebak kancah najis dadah kerana terkena tipu helah sahabatnya.
 
                    Selepas itu, satu tayangan video tentang perlaksaan hukuman terhadap penagih dan penyeludup dadah dipertontonkan. Pelbagai jenis hukuman seperti hukuman sebat, ganung mati, penjara dan sebagainya telah disiarkan. Seorang pegawai polis yang dijemput itu, Inspektor Chuah, telah memberi penerangan sepanjang video itu ditayangkan. Para peserta berasa kasihan dan seram melihat penderitaan yang ditanggung oleh penagih dan penyeludup dadah itu.  Di harapakan para peserta mendapat peringatan supaya tidak sesekali menyentuh najis dadah itu.
 
                   Selepas menikmati makan tengah hari, satu pertandingan kuiz diadakan. Para peserta diberi kertas soalan dan diminta mencari jawaban untuk soalan-soalan tersebut. Bidang soalan yang dikemukakan merangkumi jenis dan nama saintifik dadah, kesan pengambilan pelbagai jenis dadah, rupa bentuk dadah dan sebagainya. Pengenalan peserta tentang musuh nombor 1 negara kita dapat diuji di samping para peserta dapat berkongsi ilmu dalam program ini. Diikuti adalah program pameran dadah dan poster pertandingan yang telah diadakan pada minggu lepas.
 
                    Pada pukul 4.30 petang, kempen anti dadah ini pun menghampiri penghujungnya. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dan sijil penyertaan telah diadakan. Pengetua sekolah berkesempatan mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kerjasama pelbagai pihak untuk menjayakan program ini. Kempen ini bernoktah dengan sempuerna pada pukul 5.30 petang. Sesungguhnya Kempen Benci Dadah ini telah tamat, diharapkan kegiatan yang serupa ini bakal diadakan lagi.
 
Dilaporkan oleh,                                                                           16 NOVEMBER 2012.
    




      Beng Shen

_______________
(ANG BENG SHEN)
Setiausaha,
Persatuan Bulan Sabit Merah,
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sam Tet.
                         (425 patah perkataan)

Monday 1 October 2012

Ramalan PMR 2012

Tajuk-tajuk ramalan ini hanya tertumpu pada Kertas 2 (02/2), terutamanya bahagian B, C dan D. Ini hanya tajuk yang dianalisi dan bukan tips yang pasti keluar. Anda masih perlu berusaha mengulang kaji semua aspek yang diperlukan.

Harap anda semua berjaya menghasilkan karya yang boleh memberi A kepada diri anda.

Semoga berjaya!

Para pelajar diminta menumpukan perhatian terhadap karangan berikut:

1. Surat tidak rasmi
    - menerangkan / mmberi nasihat tentang cara belajar
    - sebab tidak menghadiri latihan kokurikulum
    - pena - keistimewaan Malaysia - tempat peranginan / makanan / perayaan
   
2. Surat rasmi
    - aduan - kantin / perpustakaan / vandelism
    - meminjam / memohon kebenaran menggunakan dewan / peralatan sukan
    - memohon kebenaran lawatan sambil belajar

3. Fakta / perbincangan / pendapat
    - murid cemerlang (peranan pelajar sendiri / peranan ibu bapa)
    - perpustakaan (sebab tidak menarik perhatian pelajar, langkah mengatasi masalah ini)
    - amalan membaca (sebab dan langkah)
    - amalan nilai murni (sebab dan langkah)
    - Masalah sosial (buli / vandelisme) - langkah, sebab, kesan

5. Laporan
    - lawatan sambil belajar
    - temasya sukan tahunan sekolah
    - Hari Anugerah / Kecemerlangan sekolah
    - bulan bahasa Melayu
    - kem motivasi

6. Keperihalan
    - sambutan Hari Kebangsaan (peringkat negeri / kebangsaan)
    - perlawaan sejenis pertandingan yang diceburi / disaksi
    - gotong-royong
    - perayaan yang disambut

Untuk bahagian Novel pula, anda semua boleh menumpukan perhatian pada beberapa aspek berikut:

1. Tema dan persoalan
2. Watak dan perwatakan
3. Latar masa, tempat, masyarakat dan contoh peristiwa
4. Nilai murni / pengajaran dan contoh peristiwa

Lebih baik sediakan jadual seperti berikut untuk memudahkan ulang kaji.
 


 
 
Novel Ting1
Novel Ting2
Novel Ting3
Tema
1.
 
 
 
 
2.
 
 
 
 
3.
 
 
 
Persoalan
1.
 
 
 
 
2.
 
 
 
 
3.
 
 
 
Watak &
1.
 
 
 
Perwatakan
2.
 
 
 
 
3.