Semangat Kejiranan
Masyarakat kini sering mengamalkan sikap bagai enaudi dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Pelbagai inisiatif telah diambil untuk memupuk semangat kejiranan yang semakin terhakis dalam kalangan masyarakat.
Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong boleh dijalankan untuk mengeratkan tali silaturahim antara jiran. Hal ini kerana mereka akan berganding bahu untuk menjayakan sesuatu aktiviti untuk kepentingan semua. Selain itu, sikap bekerjasama dapat ditonjol dan seterusnya mewujudkan semangat kejiranan dalam kalangan jiran.
Di samping itu, majlis rumah terbuka juga boleh diadakan terutamanya pada hari perayaan. Dengan itu, jiran dapat bertemu sua dan bergaul mesra di bawah suasana yang harmoni. Mereka juga boleh saling memahami adat resam dan pantang larang kaum lain dengan lebih lanjut. Justeru, jurang antara kaum dan salah faham dapat dielakkan.
Kesimpulannya, semangat kejiranan memainkan peranan penting dalam perpaduan rakyat. Oleh itu, semua pihak seyogianya memberikan komitmen yang jitu supaya usaha yang murni ini membuahkan hasil.
Phung Pei Shan
No comments:
New comments are not allowed.