Wednesday 3 October 2012

Karangan PMR 14

Semangat Patriotik dalam Kalangan Pelajar.

"Di mana bumi di dipijak , di situ langit dijunjung". Peribahasa yang indah ini telah menggambarkan semangat patriotik begitu penting untuk sesebuah negara. Maka, semangat ini mesti dipupuk dalam kalangan remaja yang merupakan bakal pemimpin negara.
 
          Remaja yang bersemangat patriotik akan mencintai tanah airnya. Mereka akan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mempertahankan negara mereka daripada ancaman anasir luar. Sebagai contohnya, negara kita bebas daripada jajahan British adalah disebabkan oleh perjuangan rakyat jelata yang bersemangat patriotik ini.
 
          Di samping itu, remaja akan berusaha menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Mereka akan berusaha keras menimba pelbagai jenis ilmu demi berbakti kepada nusa dan bangsa mereka. Contohnya, rakyat Jepun yang begitu taat setia kepada negara mereka telah memajukan negara mereka dalam masa yang begitu singkat. Rakyat kita juga boleh!
 
          Tambahan pula, remaja yang bersemangat patriotik tinggi ini akan menggunakan ilmu pengetahuan yang ditimba itu untuk membantu memajukan dan memodenkan negara kita. Pada tahun 2020, negara kita pasti akan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju dan moden lain. 
 
          Tuntasnya, semangat patriotik perlu terus utuh dalam sanubari remaja hari ini demi mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara yang tercinta ini!
(163 patah perkataan)