Tuesday 2 October 2012

Karangan PMR 13



LAPORAN KEMPEN BENCI DADAH SMJK SAM TET

Pada 14 November 2011 yang lalu, Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sam Tet telah menganjurkan satu Kempen Benci Dadah. Kempen ini dianjurkan ata bantuan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perak. Penglibatan ahli persatuan adalah diwajibkan dan semua peserta diminta membayar yuran sebanyak RM20.
 
                   Kempen ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada para pelajar tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Kempen ini juga dirancang untuk membantu para peserta mengenali dan memahami pelbagai jenis dadah yang ada di pasaran. Selain itu, para peserta juga diberitahu kesan-kesan setelah menggunakan dadah tersebut.
 
                   Banyak program telah diaturkan sepanjang kempen ini. Mula-mulanya, pada pukul 8 pagi, Pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru telah dijemput untuk merasmikan kempen ini. Beliau berasa bangga dan gembira kerana pihak sekolah begitu mementingkan sahsiah dan kesihatan pelajar dengan mengadakan kempen yang bermakna ini. Beliau berharap agar para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang ditimba dalam kempen ini.
 
                   Program yang pertama ialah penyampaian ceramah oleh seorang pegawai kesihatan jemputan dari Hospital Permaisuri Bainun, Dr. Mohammad Yusuf. Beliau memberi penerangan tentang pelbagai jenis dadah yang ada di pasaran. Ceramah ini membentangkan pemuda-pemudi yang masih kekurangan asam garam mudah terperdaya oleh kelicikan para abu nawas. Maka, para peserta disaran supaya menolak minuman yang dicurigakan itu. Mnurut beliau, banyak pemuda-pemudi telah terjebak kancah najis dadah kerana terkena tipu helah sahabatnya.
 
                    Selepas itu, satu tayangan video tentang perlaksaan hukuman terhadap penagih dan penyeludup dadah dipertontonkan. Pelbagai jenis hukuman seperti hukuman sebat, ganung mati, penjara dan sebagainya telah disiarkan. Seorang pegawai polis yang dijemput itu, Inspektor Chuah, telah memberi penerangan sepanjang video itu ditayangkan. Para peserta berasa kasihan dan seram melihat penderitaan yang ditanggung oleh penagih dan penyeludup dadah itu.  Di harapakan para peserta mendapat peringatan supaya tidak sesekali menyentuh najis dadah itu.
 
                   Selepas menikmati makan tengah hari, satu pertandingan kuiz diadakan. Para peserta diberi kertas soalan dan diminta mencari jawaban untuk soalan-soalan tersebut. Bidang soalan yang dikemukakan merangkumi jenis dan nama saintifik dadah, kesan pengambilan pelbagai jenis dadah, rupa bentuk dadah dan sebagainya. Pengenalan peserta tentang musuh nombor 1 negara kita dapat diuji di samping para peserta dapat berkongsi ilmu dalam program ini. Diikuti adalah program pameran dadah dan poster pertandingan yang telah diadakan pada minggu lepas.
 
                    Pada pukul 4.30 petang, kempen anti dadah ini pun menghampiri penghujungnya. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dan sijil penyertaan telah diadakan. Pengetua sekolah berkesempatan mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kerjasama pelbagai pihak untuk menjayakan program ini. Kempen ini bernoktah dengan sempuerna pada pukul 5.30 petang. Sesungguhnya Kempen Benci Dadah ini telah tamat, diharapkan kegiatan yang serupa ini bakal diadakan lagi.
 
Dilaporkan oleh,                                                                           16 NOVEMBER 2012.
    




      Beng Shen

_______________
(ANG BENG SHEN)
Setiausaha,
Persatuan Bulan Sabit Merah,
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sam Tet.
                         (425 patah perkataan)

No comments: